Sejarah PPKM

Friday 17 March 2017

Langkah pertama

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Salam Jumaat. Pada 17 Februari 2017, Prof Abdullah Hassan telah menyampaikan syarahan tokoh negara di Dewan Budaya USM. Beliau menyatakan kepentingan memperibumikan ilmu dan ianya dapat dilakukan melalui:
1 - mempelajari ilmu baru/luar lalu diterjemah dan disebarluaskan kepada masyarakat kebanyakan; 
2 - kemudian melalui kreativiti/kearifan orang tempatan, ilmu itu diinovasikan menjadi teknologi baru bagi menyelesaikan masalah/keperluan setempat.

Nasihat bermakna daripada seorang sarjana demi memandaikan bangsa.

Maka, langkah pertama dimulakan bagi menyahut seruan memperibumikan ilmu dengan mewujudkan blog ini agar dapat dikongsi coretan, kisah, ilmu dan pengalaman. Harapnya, blog ini dapat membawa manfaat kepada semua tertutamanya kepada pembaca Bahasa Melayu.

InsyaAllah, semoga dengan ilmu dan hikmah yang dikurniakan Allah swt kepada diri penulis, ianya dapat dikongsi dan disebarluas kepada masyarakat umum melalui blog ini. Agenda utama blog ini akan dikhususkan kepada perkongsian 3 perkara utama:
1 - Kisah Alumni PPKM USM yang telah berkerjaya di luar sana agar ianya dapat memberi gambaran tentang kerjaya Jurutera khususnya dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan pembuatan.
2 - Teknologi dan ilmu dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan pembuatan serta perkembangan terkini industri.
3 - Sejarah dan perkembangan PPKM USM.

Di USM, kejuruteraan mekanikal disebut sebagai kejuruteraan mekanik dan terdapat juga program kejuruteraan pembuatan di PPK Mekanik; maka dengan itu blog mekanikpembuatan.blogspot.com akan memulakan langkah pertama :)